19 March 2021

DALAM DIAM-DIAM - FARAWAHIDA SELAMAT KAHWIN KALI KEDUA



"BISMILLAH. 19 Mac 2021. Alhamdullilah, hari ni saya sah bergelar isteri kepada Zulkifli dengan sekali lafaz di Masjid Daerah Taiping.. Mohon kawan-kawan yang saya kasihi, doakan semoga kebahagian ini sampai hingga ke Jannah.. Amiin," itulah kata-kata penyanyi Farawahida yang kini sudah selamat mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan jejaka pilihan hatinya dikenali Zulkifli pada Jumaat.

Farawahida atau nama sebenarnya Farawahida Razali, 36, telah berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram dengan berkongsi foto selepas majlis pernikahan mereka yang diadakan di sebuah masjid di Taiping, Perak.

Sebelum itu, Farawahida memuat naik mengenai majlis pertunangannya di Instagram sekaligus menjawab teka-teki rumah tangga yang dibina sebelum ini sudah berakhir.

Dalam foto yang dikongsikan, Farawahida menggayakan pakaian sedondon berwarna coklat cair bersama seorang lelaki duduk di atas pelamin dengan kapsyen 'tunang'.

Klik untuk gambar besar



Namun, penyanyi yang popular menerusi lagu 'Tanpamu' ini merahsiakan identiti lelaki berkenaan apabila menutup wajah calon suaminya dengan jambangan bunga tangan. Dia juga tidak memberikan sebarang butiran lanjut mengenai hari bahagianya itu.

Untuk makluman, Farawahida mendirikan rumah tangga dengan Abdul Shukor Mohd Zain pada 16 Disember 2013. Bagaimanapun sejak tahun 2017 terdapat khabar angin yang mendakwa dia telah bercerai selepas dilihat tidak lagi memuat naik sebarang gambar dengan Abdul Shukor.

Menafikan dakwaan itu, Farawahida berkata dia lebih selesa berkongsi gambar bersendirian di media sosial kerana suaminya adalah seorang yang pemalu. Perkahwinan mereka itu tidak dikurniakan cahaya mata.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Farawahida

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: