19 March 2021

AL-FATIHAH - BAPA ACHEY KEMBALI KE RAHMATULLAH



"Tiada lagi abah... tapi abah tetap dalam diri kami... Innalillahiwainnailaihirojiun...," demikianlah tulis pelawak Achey Bocey yang memaklumkan bapanya, Hamzah Salam meninggal dunia di Hospital Segamat, Johor tengah malam tadi.

Berkongsikan berita duka itu di laman Instagram, Achey meminta orang ramai mendoakan kesejahteraan buat arwah bapanya. Sebelum ini, Achey memaklumkan Allahyarham bapanya dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri di kediamannya di Segamat, Johor.

"Selalu selepas Subuh, abah akan sambung tidur dan dalam jam 10 pagi, dia akan bangun untuk bersarapan. Tetapi pagi ini, adik yang ada di kampung memaklumkan abah tidak sedarkan diri.

Klik untuk gambar besar



"Badannya panas tetapi kakinya sejuk. Jadi mereka terus hubungi ambulans dan dia dikejarkan ke Hospital Segamat," ujarnya.

Achey berkata kesihatan bapanya berusia 80 tahun itu mula merosot selepas mengalami kemalangan lima tahun lalu dan bergerak menggunakan kerusi roda.






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Achey Bocey

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: