07 March 2021

TAHNIAH - MIERA LEYANA 'BUNTING PELAMIN', KINI USIA 7 BULAN



"Semoga dengan kehadiran cahaya mata pertama kami ini akan menambahkan lagi seri dan kebahagiaan rumah tangga kami," demikianlah kata suami kepada pelakon Miera Leyana, Rosland Othman yang mengesahkan isterinya sedang hamil anak sulung dan usia kandungan kini tujuh bulan.

Rosland yang berkenalan dengan Miera pada 2016 sebelum mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu ini mengakui sangat teruja sebaik sahaja mendapat tahu isterinya 'bunting pelamin'.

Miera yang hampir lapan bulan mendirikan rumah tangga itu meluahkan rasa syukur apabila dia tidak mengalami alahan sepanjang kehamilan mahupun mengidam makanan pelik-pelik, namun dia akui selera makannya semakin bertambah.

Klik untuk gambar besar



"Saya tiada alahan seperti muntah pada waktu pagi seperti kawan-kawan yang lain. Cuma yang ketara, selera makan makin bertambah. Saya juga tidak mengidam juadah pelik-pelik. Cuma lebih kepada teringin hendak makan angin di luar negara seperti London, Paris dan menunaikan umrah," katanya.

Ditanya mengenai jantina anak, Miera dan suami yang juga seorang ahli perniagaan itu sepakat untuk tidak mendedahkannya lagi kepada umum buat masa ini.

"Tunggulah sehingga bayi lahir, baru kami umumkan kepada semua. Kami lebih selesa jantina anak ini menjadi kejutan," ujar pelakon berusia 27 tahun ini.





www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Miera Leyana

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: