22 March 2021

"TAKUT KEHILANGAN DIA" - SAKINAH AKUI MENGGELETIS NAK KAHWIN JEJAKA SWEDEN



"Kali pertama jumpa, memang saya yang 'menggeletis' dan terus rasa nak berkahwin dengan dia. Terus saya kenalkan diri sebagai artis siap tunjuk Instagram sebab takut kehilangan dia," itulah kata-kata pelakon Sharifah Sakinah yang berkongsi cerita perkenalan kali pertama dengan bakal suaminya berasal dari Sweden, Michael Hansen, di sebuah gimnasium.

Menurut Sakinah, ketika jumpa buat pertama kali dia sudah jatuh hati dan rasa mahu terus berkahwin dengan jejaka yang kini sudah menjadi tunangnya itu.

Lebih lucu, Sakinah membawa sehingga 40 orang sebagai peneman yang terdiri daripada pengurus, jurusolek dan teman terdekat termasuk rakan sekolah rendah untuk menemani ketika pertama kali keluar 'dating'.

"Saya takut nak keluar berjanji temu berdua. Jadi saya bawa sampai 40 orang kenalan untuk menemani sampai Michael pening kepala sebab ramai sangat. Sedangkan dia datang seorang diri ketika itu. Tapi dia okey sahaja," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Sakinah yang merancang untuk melansungkan majlis pernikahan dengan Michael pada 28 Mei depan, bagaimanapun menolak untuk mengadakan majlis secara virtual.

"Tak mahulah kahwin virtual! Tak seronok, rasa tak meriah. Lepas kahwin mestilah nak pegang-pegang tangan. Kalau virtual nanti, lepas kahwin nak buat apa? Tengok TV?

"Teringin juga nak pakai baju nikah cantik-cantik. Tapi apa pun tengok dulu keadaan sebab kalau keluarga sebelah sana (Sweden) nak datang sini, mereka perlu kuarantin selama 14 hari," tuturnya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo, Instagram Sharifah Sakinah & Michael Hansen

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: