22 March 2021

BILA MEDIA INDONESIA DEDAH ENGKU EMRAN PERNAH NAIK HOT AIR BALLOON DENGAN LAUDYA



Berita perkahwinan Noor Nabila dan Engku Emran nampaknya masih lagi hangat diperkatakan ramai, malah ia turut menjadi bualan ramai di negara seberang, Indonesia.

Terbaru, sebuah agensi media Indonesia, Surya Citra Media melaporkan Emran dikatakan mungkin pernah menaiki belon udara panas (Hot Air Balloon) tersebut bersama bekas isterinya, pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella.

Media berkenaan mengatakan Emran dan Laudya dilihat mengikuti akaun @myballoonadventure di laman Instagram yang menawarkan perkhidmatan belon udara panas berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian dari media Indonesia itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang mengucapkan tahniah, malah ada yang mengecam Engku Emran yang sering gagal melalui alam rumah tangga.

Dalam pada itu, menerusi satu video lain dikongsikan di YouTube pada 2017, kelihatan Engku Emran bersama Laudya dan anaknya, Engku Aleesya bersiar-siar di atas udara menaiki belon panas tersebut.



Pada Jumaat lalu (19 Mac 2021), Engku Emran telah selamat berkahwin kali ketiga dengan Noor Nabila. Untuk makluman, Engku Emran bercerai dengan Laudya Cynthia Bella selepas dua tahun mendirikan rumah tangga pada Julai tahun lalu. Engku

Engku Emran juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, penyanyi dan pengacara, Erra Fazira. Hasil perkahwinan tersebut, Engku Emran dan Erra dikurniakan cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.

Manakala bagi Nabila, dia pernah bernikah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada Mac 2017 sebelum disahkan bercerai pada Julai tahun lalu secara hakam.









VIDEO 1




ATAU KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO 1


VIDEO 2



ATAU KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO 2




www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Ohmymedia

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: