22 March 2021

INTAN NAJUWA HARAP TIADA LAGI SOALAN BEKAS TUNANG, SUDAH BAWA HALUAN MASING-MASING



Hubungan kini antara pelakon Intan Najuwa dan ahli perniagaan, Razrul Anwar masih lagi menjadi tanda tanya. Sebelum ini, Intan dan Razrul hanya sempat bertunang selama 6 bulan hingga Februari tahun lalu sebelum mengesahkan bahawa sudah membuat keputusan untuk berpisah.

Bagaimanapun, timbul kembali desas-desus mengenai hubungan mereka apabila Intan dilihat memuat naik gambar bersama seorang lelaki persis Razrul beberapa bulan selepas mereka disahkan putus tunang.

Terbaru, Intan telah pun mengesahkan status hubungannya bersama Razrul menerusi jawapan kepada soalan peminat yang ditanya menerusi IG Story di Instagram miliknya.

Klik untuk gambar besar



Ditanya mengenai kelibat Razrul yang sudah lama tidak kelihatan, Intan mengesahkan bahawa mereka berdua sudah pun membawa haluan masing-masing.

"Alamak ada lagi soalan ni. Kami dua dah lama buat hal masing-masing. Dia dah happy dengan life dia, saya pun dah happy dengan life saya. Harap lepas ini tiada soalan ini lagi okay," katanya.

Malah, Intan turut sempat meminta semua agar berhenti menanyakan soalan mengenai bekas tunangnya itu selepas ini sekaligus menjawab teka-teki ramai mengenai status wanita itu dengan Razrul.


www.myartis.com / Sumber & foto: Beatifulnara & Instagram Intan Najuwa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: