18 March 2021

ZED ZAIDI CADANG ARTIS DIBERI VAKSIN AWAL, DEK BANYAK ADUAN - MICHAEL ANG TAMPIL BIDAS



Umum sedia maklum, frontliners terlebih dahulu menerima suntikan vaksin Covid-19 dan rakyat Malaysia ketika ini sedang menunggu giliran.

Bagaimanapun, semalam kenyataan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mengundang kecaman apabila mencadangkan golongan artis diberi vaksin awal berikutan banyak aduan kerap melakukan swab test.

Perkara itu mendapat perhatian pengarah Michael Ang yang lantang membidas kenyataan Zed Zaidi itu menerusi satu muat naik di laman Instagram miliknya. Menurut Michael artis bukan golongan penting untuk diberi vaksin awal.

"Bagi aku lah, vaksinkan dulu pelajar-pelajar dan yang kena kerja kat pasar, kat mall, tempat makan. I rasa diorang lagi penting kot! Kita artis ni sabar aje lah buat Covid test tu!

Klik untuk gambar besar



"Artis kan setiap kali kena cucuk dapat duit sebab ada 'show' baru kena cucuk kan. Jadi, bertabahlah tak payah lah nak minta potong barisan," tulisnya.

Perkongsian Michael itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang bersetuju dengan pendapat pengarah itu.

Diakhir perkongsian itu, Michael berkata meskipun belum menerima vaksin, para artis akan tetap menggunakan pengaruh mereka untuk menyeru rakyat untuk mengambil vaksin.

Sebelum ini, Zed berharap kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan untuk memberi suntikan vaksin Covid-19 terlebih dahulu kepada golongan selebriti.



Ini kerana menurut Zed, pihaknya banyak menerima aduan daripada artis tentang kekerapan melakukan ujian calitan setiap kali memulakan sesuatu projek baru.

Kata Zed, sekiranya golongan artis sudah menerima vaksin, tidak perlu lagi membuat ujian calitan berulang kali dan dalam masa sama menjimatkan kos.

Dalam pada itu, Zed turut berkata, kerajaan sepatutnya menggunakan pengaruh besar artis untuk menyebarkan pengetahuan serta kebaikan suntikan vaksin Covid-19.

"Kalau kita perhatikan banyak negara luar memanfaatkan dan menggunakan pengaruh golongan selebriti untuk membantu dalam memberitahu kebaikan pengambilan vaksin kepada rakyat mereka.



"Seniman bersedia bekerjasama dengan kerajaan bagi menjadi frontliner untuk membantu daripada sudut kempen vaksinasi Covid-19 melalui media sosial para selebriti tersebut. Kalau kerajaan tak gunakan pengaruh yang ada pada artis, rugilah," katanya.

Zed turut memberikan contoh negara Indonesia dimana mereka melantik selebriti sebagai ikon serta individu terawal menerima vaksin untuk meyakinkan rakyat.

Sementara itu, Zed turut memohon kerajaan untuk melonggarkan prosedur operasi standard (SOP) ujian calitan yang terpaksa dilakukan golongan artis untuk meringankan beban mereka.

"Seniman banyak dapat aduan daripada artis lebih-lebih daripada pelakon yang mana mereka perlu melakukan banyak kali swab test. Bila dia ada banyak job, kena buat swab test banyak kali. Ada yang sampai kata dah fed up nak buat swab test banyak kali, dahlah sekarang susah untuk mereka dapat job," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, mStar & Instagram Michael Ang

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: