"Dengan kekasih sudah tidak ada. Saya dengar cakap mak. Sekarang ini semua perkara saya buat sendiri. Saya uruskan kerja, perniagaan dan rutin harian sendiri. Semua saya buat sendiri.
"Itu yang mereka nak," demikian kata penyanyi Aiman Tino yang memberitahu dia sudah pun memutuskan hubungan dengan kekasihnya serta menuruti permintaan ibunya.
Pada Februari lalu, hangat diperkatakan mengenai kemelut keluarga Aiman apabila ibunya iaitu Hazelina Mat Jalil meluahkan rasa kesal dan mendakwa anaknya sudah berubah.
Menerusi perkongsian di Instagram itu, ibunya terkilan dengan sikap Aiman yang sukar dihubungi dan mendakwa dikongkong oleh seorang wanita dikenali sebagai Farah. Bagaimanapun, segala salah faham sudah pun selesai.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, 23, berkata apa yang terjadi membuatkan dia lebih bersemangat dalam perniagaan dan dia memang bekerja keras untuk keluarga.
"Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi kerana ia membuatkan saya nak lebih berjuang. Apa saya boleh cakap, keluarga saya mungkin tak nampak apa saya buat di luar dan saya pun kurang berkongsi dengan mereka. Saya memang bekerja keras untuk keluarga,' ujarnya.
Dalam perkembangan lain, Aiman terbabit dalam penggambaran drama 'Kampung Kolestrol' lakonan bersama Sufian Suhaimi, Ziana Zain dan Mas Idayu.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Aiman Tino
________________________

No comments:
Post a Comment