16 April 2021

AERIL ZAFREL DEDAH KOS RAWATAN GIGI PALSU ANAK KEDUA SEBANYAK RM9,000



Anak kedua kepada pasangan selebriti Aeril Zafril dan Wawa Zainal iaitu Hayla Magfiratul Adzkiyaa baru-baru telah selesai memasang gigi palsu di usianya enam tahun.

Ada di antara peminat yang ingin mengetahui kos rawatan keseluruhan bagi prosedur tersebut dan oleh disebabkan itu, Aeril telah menjawab persoalan yang juga ditanyakan seorang individu menerusi segmen ‘Ask Me Question’ di Instagram miliknya.

Menurut Aeril, kos bagi rawatan gigi Hayla telah menelan belanja sebanyak RM9,000: "Disebabkan Hayla kena cabut gigi dia, jadi kos semua dalam RM9,000..," jawabnya ringkas.

Klik untuk gambar besar



Manakala di hantaran yang lain, Wawa turut berkongsikan prosedur yang perlu dilalui Hayla termasuklah menjalani pembedahan membuang gigi.

Terdahulu, pasangan ini pernah dikritik sesetengah individu apabila anak keduanya itu tidak mempunyai gigi yang cantik sekaligus dituduh tidak pandai menjaga anak.

Untuk makluman, Aeril dan Wawa telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar,8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa,6 dan Aya Soffya yang kini berusia dua tahun.





www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram Wawa Zainal & Aeril Zafrel

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: