17 April 2021

KELIHATAN MESRA BERSAMA - SHARNAAZ & AZIRA SHAFINAZ ADA HUBUNGAN CINTA?



Semua sedia maklum mengenai bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila telah pun selamat melangsungkan perkahwinan bulan lalu.

Dek kerana itu, ramai yang mendoakan Sharnaaz segera bertemu jodoh. Namun baru-baru ini, tiada angin tiada ribut timbul dakwaan mengatakan Sharnaaz sudah bertemu pengganti.

Menerusi laman Cari Forum, hangat diperkatakan gambar mesra bapa kepaada Jebat Jayden Ahmad itu bersama ahli kumpulan DeFam, Azira Shafinaz.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada gambar yang dikongsikan di Insta Story, Sharnaaz mengucapkan terima kasih kepada Azira dengan disertakan emoji 'kiss' kerana memberikan hadiah pelitup muka.

Sebelum ini, Sharnaaz juga dilihat ada memuat naik posting mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran buat Azira pada September lalu.



Malah, di Twitter juga ada beberapa netizen mengatakan Sharnaaz dan Azira serasi bersama serta berharap kedua mereka bertemu jodoh.

Untuk makluman, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila pada 31 Mac 2017, namun bercerai pada Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden Ahmad.

Tahun lalu, media melaporkan Azira sedang bercinta dengan ahli perniagaan, Yasser Khan. Bagaimanapun,setakat ini masih tidak diketahui status hubungan mereka.




www.myartis.com / Sumber & foto: Cari Forum & ohmymedia

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: