12 April 2021

AKUI BERKAHWIN KALI KEDUA KETIKA MASIH BERISTERI - SUAMI SERINA SEDIA BERTANGGUNGJAWAB



"Saya sedia bekerjasama dengan pihak berwajib. Saya dapat tahu, bekas isteri, Nur Hamizah Shaffee membuat membuat laporan polis konon dia dimadukan tanpa kebenaran.

"Saya sedia bertanggungjawab," kata suami kepada Serina Redzuawan, Meor Mohammad Aidid yang juga pegawai polis bertugas di Perlis, yang memaklumkan dia sedia bekerjasama dengan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) negeri itu berhubung isu permohonan bernikah kali kedua.

Aidid mengaku sedang disiasat JIPS Perlis berhubung isu permohonan bernikah kali kedua dengan Serina yang juga anak Chef Wan. Aidid mengulas kenyataan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang dilaporkan menyerahkan siasatan kes membabitkan Aidid dalam isu permohonan berkahwin kali kedua dengan Serina, kepada JIPS Perlis.

Mior Faridalathrash dilaporkan berkata, Aidid sudah bertukar ke bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis. Sebelum ini, sebuah portal melaporkan kenyataan Nur Hamizah menyangkal dakwaan Serina bahawa Aidid berstatus duda ketika mereka bernikah.

Aidid mendakwa, hubungan dengan bekas isteri sudah lama bermasalah dan hambar: "Hati saya sudah lama tertutup untuknya. Saya bernikah dengan Serina, Februari lalu dan dia bukan punca kami berantakan.

Klik untuk gambar besar



"Benar, ketika bernikah kali kedua, Nur Hamizah masih isteri saya. Itu fakta yang tidak boleh dinafikan. Lagipun, ketika itu, proses tuntutan cerai mengambil masa. Kami sah bercerai pada 9 Mac lalu. Sekarang hanya Serina isteri saya. Tidak timbul lagi kisah atau perihal bermadu," jelasnya.

Aidid turut menjelaskan bekas isteri yang membuat tuntutan cerai. Aidid berkata, dia hanya mahu hidup bahagia dengan Serina dan dua anak tirinya.

"Dia yang tuntut cerai. Saya ada bukti tuntutan cerai itu. Dia tuntut cerai atas alasan tiada lagi persefahaman antara kami. Saya ikhlas menyayangi Serina dan anaknya. Dia bukan perosak rumah tangga saya.

"Malah, dia yang memberi semangat supaya saya tidak menyimpan dendam dengan kisah lalu. Serina juga wanita matang, bijak mengurus kehidupan, berdikari, berani serta dedikasi dalam perniagaan dan tugas yang diamanahkan.


"Saya juga menghormati komen bapa mentua (Chef Wan). Insya-Allah saya dan isteri akan memperbaiki kekurangan diri. Saya berjanji akan menjaga Serina, anak dan rumah tangga kami dengan baik," ujarnya.

Pada Jumaat lalu, Serina mengesahkan dirinya bergelar isteri buat kali kedua menerusi entri dalam laman Instagram (IG). Bagaimanapun, Serina tidak berkongsi perincian mengenai majlis pernikahannya.

Reaksi Chef Wan atau nama sebenar, Datuk Redzuawan Ismail yang mendakwa patah hati atas pernikahan anaknya ketika menantu masih suami orang, menghangatkan lagi kontroversi perkahwinan Serina.

Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010. Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Serina Redzuawan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: