12 April 2021

NONNY MUNCUL DI IG LIVE TANPA HIJAB?



Penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah nampaknya terus menjadi bualan dalam kalangan netizen selepas penampilan terbaharunya yang kini dikatakan sudah membuka tudung.

Malah, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 32, masih mengambil pendekatan untuk mengunci mulut tanpa sebarang penjelasan lanjut. Namun, kemunculan Nonny pada sesi siaran lansung di Instagram, hari ini, seakan mengesahkan perkara itu.

Pada sesi yang hanya berlangsung kurang seminit itu memaparkan Nonny berada dalam kereta tampil menggunakan topi dengan rambut terkeluar dan memakai cermin mata. Sesi itu sempat ditonton lebih 7,000 pengikutnya di IG.

Terdahulu, Nonny menerusi laman Instagram miliknya memuat naik hantaran yang menimbulkan persoalan mengenai penampilan terbaharu dirinya.

Melihat pada video berdurasi 38 saat itu ia memaparkan seorang wanita berbaju putih dengan mengenakan stokin jaring. Namun wajahnya ditutup dengan alat pelindung muka.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: