13 April 2021

SERAH KEPADA TIMBALAN PENDAKWA RAYA - POLIS CADANG KOMPAUN NEELOFA & PU RIZ



"Kertas siasatan dah sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya, apa pun keputusan terletak di tangan mereka. Kita dah bagi cadangan pasangan berkenaan untuk dikompaun," ujar Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, yang memaklumkan pihaknya juga sudah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes pelanggaran SOP itu kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Isu majlis pernikahan pengacara Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail yang berlangsung pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur, itu masih belum selesai apabila pihak polis mencadangkan kompaun dikeluarkan kepada pasangan itu kerana gagal mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika acara itu berlangsung.

Polis juga mengesahkan sudah merekodkan keterangan Neelofa dan Haris atau dikenali PU Riz berhubung isu itu. Polis buka kertas siasatan selepas timbul kekecohan bahawa majlis pernikahan mereka yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Sebelum ini, pihak keluarga pasangan berkenaan telah hadir di IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan pihak berkuasa. Mereka disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: