13 April 2021

NONNY TAMPIL MOHON MAAF, ENGGAN ULAS: "DOAKAN YANG TERBAIK BUAT SAYA"



"Saya rindu semua. Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, saya Nonny Nadirah ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap yang terang mahupun yang tersembunyi. Doakan yang terbaik buat saya.

"Lillahi ta'ala, saya sayang semua kerana Allah. Keluarga, sahabat, peminat, minta maaf dan terima kasih untuk segalanya," itulah kata-kata penyanyi dan pelakon Nonny Nadirah menerusi Instagram Story.

Nama Nonny Nadirah sebelum ini hangat diperkatakan selepas memuat naik foto wanita seksi memakai seluar pendek dengan stokin jarang.

Klik untuk gambar besar



Kemudian, Nonny dilihat memuat naik video berendam di dalam sebuah tong air, sekaligus menimbulkan spekulasi di kalangan netizen yang tertanya-tanya apa terjadi kepada pelakon itu.

Bagaimanapun, Nonny dilihat ada memuat naik satu perkongsian dimana dia tampil memohon maaf di atas segala kesalahan yang pernah dilakukan.

Mengakui merindui semua pihak, Nonny memohon maaf di atas segala kesalahan sempena bulan Ramadan serta meminta mendoakan yang terbaik untuk dirinya.


Enggan mengulas mengenai isu terpalit dirinya sebelum ini, Nonny menjelaskan segala keburukan datang daripadanya dan setiap manusia melalui ujian berbeza.

"Saya simpan semua komen saya. Hanya Allah saja yang mengetahui segala isi hati. Minta maaf. Minta maaf. Minta maaf. Jangan tinggalkan yang fardhu, buatlah yang termampu. Mana yang baik, ambil kerana semua itu datangnya dari Allah.

"Yang tak baik itu saya. Setiap individu itu melalui fasa ujian yang berlainan. Apapun yang anda cakap saya terima dengan hati yang terbuka. Saya sayang anda semua. Selamat berpuasa semua. Jaga diri," ujarnya lagi.


www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: