18 April 2021

AWIE BERSYUKUR MAJLIS AQIQAH & BERENDOI PUTRA AHMAD ANDEEKA BERJALAN LANCAR



"Sempena Ramadan ini saya juga ingin mengharapkan agar kita semua dapat mencari keberkatan dan kesempurnaan bulan seribu kemuliaan ini. Terima kasih juga kepada sahabat-sahabat yang sudi hadir memeriahkan majlis berendoi anak saya Putra Ahmad Andeeka pada hari ini," tutur vokalis kumpulan rock legenda Wings, Datuk Awie yang mengucapkan rasa syukur kerana majlis aqiqah dan berendoi anaknya, Putra Ahmad Andeeka berjalan lancar.

Pada majlis yang berlangsung pada Sabtu itu, Awie turut menyempurnakan majlis serahan bantuan Misi Kemanusiaan oleh Sayap-Sayap Wings, Awie Entertainment dan Rumah Produksi Merah.

Bantuan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai diberikan kepada bekas-bekas wartawan dan PRO (pegawai perhubungan awam) yang pernah berkhidmat di dalam industri hiburan tanah air. Majlis yang diadakan di Damai Hall, KLCC itu turut menganjurkan majlis berbuka puasa bersama Awie dan Wings.

"Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan lancar dan sempurna dengan izin Allah SWT. Saya juga berharap agar Misi Kemanusiaan Sayap-Sayap Wings sedikit sebanyak dapat meringankan beban sahabat-sahabat saya yang memerlukan," katanya.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: