19 April 2021

SITI NURHALIZA SELAMAT BERSALIN 'BABY BOY' - AAFIYAH DAH JADI KAKAK



Yeahh... Siti Aafiyah dah jadi kakak! Ini adalah selepas ibunya, penyanyi terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan anak kedua pada pukul 6.21 pagi, Isnin iaitu hari ketujuh umat Islam berpuasa.

Berita gembira tersebut dikongsikan laman Instagram Siti dimana memaklumkan bayi lelaki seberat 3.84 kilogram itu dilahirkan menerusi kaedah pembedahan di sebuah pusat perubatan di Selangor.

Suami Siti, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K berkata, proses kelahiran anak kedua mereka itu berjalan lancar dan dipermudahkan. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anaknya itu.

Klik untuk gambar besar



"Terima kasih kepada pihak doktor dan jururawat yang diketuai oleh Dr. Leong Wai Yew dari Alpha IVF and Women's Specialist yang telah menjalankan tanggungjawab dan khidmat terbaik sepanjang proses Siti melahirkan," katanya.

Untuk rekod, kehamilan keduanya ini turut melalui proses rawatan kesuburan in-vitro atau In vitro fertilization (IVF) sama seperti anak pertamanya, Siti Aafiyah yang kini berusia tiga tahun.



Pada 7 April lalu, Siti, 42, memberitahu dia akan melahirkan anak kedua ini pada awal Ramadan. Meskipun ini bukan pengalaman pertama, Siti berkata dia masih berdepan rasa gementar untuk melalui proses kelahiran sekali lagi.

"Saya yakin setiap ibu yang pernah melalui proses bersalin pasti gementar. Pengalaman bersalin kali pertama tentu tidak sama dengan kedua. Saya memohon agar mendoakan proses bersalin berjalan dengan lancar dan dipermudahkan," ujarnya.

Untuk makluman, Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid atau Datuk K pada 21 Ogos 2006. Pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aafiyah pada 19 Mac 2018 selepas 10 tahun berkahwin.





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Siti Nurhaliza

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: