"Alhamdulillah... (sabtu) 17.4.2021 . pkl 3am.. eka selamat melahirkan seorang bayi lelaki Luth Mateen. Terima kasih pada semua yg mendoakan dan segalanya telah dipermudahkan Alhamdulillah ❤️," tulis penyanyi Eka Sharif yang berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dirinya sudah selamat bersalin kira-kira jam 3.00 pagi, pada Sabtu.
Bintang yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti, Akademi Fantasia musim ke-9 (AF9) itu memaklumkan hal tersebut menerusi Instagram bersama paparan foto permata hatinya. Bagaimanapun, wajah penuh bayi lelaki tersebut ditutup dengan emoji.
Untuk makluman, Eka atau nama sebenarnya, Nur Atiqah Shariffufin, 31, mendirikan rumah tangga dengan Nazrulnazim Abdul Jabar, 33, pada 19 Julai 2020 dalam satu majlis pernikahan ringkas.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Eka Sharif
________________________

No comments:
Post a Comment