19 April 2021

HARI LAHIR KE-35 - KAMAL ADLI GEMBIRA SAMBUT BERSAMA TUNANG, UQASHA SENROSE



"Tq sooo much ❤️ @uqashasenrose2 this is the best birthday celebration ever!!! ur the best!! I ❤️ u cik bubu! 😘," itulah kata pelakon Kamal Adli yang mengungkapkan rasa gembira apabila menyambut ulang tahun kelahirannya ke-35 bersama tunangnya, pelakon Uqasha Senrose.

Berkongsi gambar sekitar sammburan di laman Instagram, Kamal mengucapkan ucapan terima kasih kepada Uqasha kerana telah meraikan ulang tahun kelahirannya.

Melihat pada ruangan komen, pengikut Kamal mengucapkan selamat hari lahir kepada pelakon tersebut, tak lupa juga ada yang memuji pasangan ini dan menyuruh mereka untuk cepat-cepat berkahwin.

Sebelum ini, Kamal dan Uqasha telah melangsungkan majlis merisik secara tertutup pada 4 April yang lalu.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Kamal Adli

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: