19 April 2021

INI JAWAB SHARNAAZ MENGENAI HUBUNGAN 'MESRA' DENGAN AZIRA SHAFINAZ



"No komen," demikianlah jawab pelakon Sharnaaz Ahmad, 36, ketika ditanya mengenai hubungan mesra dengan anggota kumpulan DeFam dan juga pelakon, Azira Shafinaz yang sebelum menjadi tanda tanya dalam kalangan warganet.

Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad yang dihubungi memutuskan untuk tidak memberi sebarang komen lanjut mengenai gosip tersebut. Sementara itu, usaha media mendapat penjelasan daripada pemilik nama Azira Shafinaz Ramlan pula gagal apabila dia tidak membalas mesej yang dihantar.

Pelakon filem 'Polis Evo' itu didakwa sudah mempunyai pengganti selepas memuat naik foto memeluk bahu Azira di Instagram Stories, baru-baru ini. Anak kelahiran dari negeri Pulau Pinang itu juga mengucapkan terima kasih kepada pelakon filem 'Penunggang Agama' itu yang disertakan emoji 'kiss' kerana memberikan hadiah pelitup muka.

Sebelum ini, Azira antara selebriti yang turut menyertai misi bantuan banjir 6.0 yang diketuai dan Sharnaaz dan Mamu Legacy. Sharnaaz juga dilihat pernah membuat hantaran sempena ulang tahun kelahiran Azira yang ke-29 di Instagram pada 26 September 2020.

Terdahulu, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada Noor Neelofa iaitu Noor Nabila pada 31 Mac 2017 namun bercerai pada Julai tahun lalu. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden Ahmad.

Manakala Azira pula, dia sebelum ini mengakui sudah sembilan tahun bercinta dengan ahli perniagaan, Yasser Khan.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: