28 April 2021

"BANTU VIRALKAN..." - SARIMAH SIMPATI DENGAN ABANG BURGER, MINTA HENTIKAN BERBALAH



"Okey dari kita mengutuk situasi orang lain lebih baik kita bantu viralkan perniagaan abang burger RM50,000 tu. Supaya rezeki dia melimpah sampai RM100,000! Mana bisnes dia sebarkan. Lebih baik membantu daripada mengutuk," tulis pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim menerusi laman Twitter.

Kisah peniaga burger, Wan Mohd Faisal Wan Kadir yang dikenakan kompaun RM50,000 oleh anggota polis kerana menjalankan operasi melebihi masa itu menjadi tular sejak Isnin lalu.

Sarimah, 43, meminta netizen menghentikan sebarang kecaman terhadap mana-mana pihak dan tidak memanjangkan isu berkenaan sehingga menimbulkan perbalahan di media sosial.

Berkongsi pandangannya itu, Sarimah turut menyeru orang ramai menghulurkan bantuan dengan menyebarkan mengenai perniagaan yang diusahakan oleh lelaki berasal dari Kelantan itu.

Menurut isterinya, Nor Laili Shafii, menerusi apa yang dimaklumkan anggota polis, ada pihak lain yang membuat laporan menyatakan gerainya beroperasi melebihi waktu ditetapkan. Tambah wanita berkenaan, ketika itu mereka sedang menyiapkan tempahan untuk pekerja kilang dan tiada pelanggan di gerainya.

Klik untuk gambar besar


Simpati dengan nasib yang menimpa peniaga berkenaan, pelakon filem 'Janji Diana' ini berharap supaya bayaran kompaun dan denda yang dikenakan terhadap Wan Mohd Faisal dapat dikurangkan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung.

"Saya secara peribadi rasa denda RM50,000 untuk seseorang yang berniaga burger agak keras. Kasihan dia. Saya tahu peraturan tetap peraturan. Macam mana kalau denda berdasarkan pendapatan masing-masing? Harap abang burger itu akan dikurangkan denda dia," ujarnya.

Pada Selasa, beberapa orang selebriti menyatakan hasrat untuk membantu membayar kompaun tersebut antaranya Neelofa, PU Azman dan Caprice.

Untuk rekod operasi premis kedai makan atau restoran di Kelantan dihadkan sehingga pukul 10 malam sahaja sepanjang tempoh PKP yang sedang dikuatkuasakan.


www.myartis.com / Foto: Instagram / Twitter Sarimah Ibrahim

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: