28 April 2021

SUHAIMI SAAD: "WALAUPUN LOFA DAH BERPUNYA, ABANG TETAP SUPPORT LOFA"



"Walaupun Lofa dah berpunya, abang tetap support Lofa. Sebab Lofa ada otak dan hati," tulis bekas anggota kumpulan nasyid In Team, Suhaimi Saad menerusi muat naik di laman Instagram miliknya.

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila selebriti popular Neelofa, suami, PU Riz dan 20 anggota keluarganya dikenakan kompuan sebanyak RM60,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Lebih menjadi perhatian apabila bekas pengacara MeleTOP itu mahu membantu untuk menyelesaikan bayaran kompaun yang dikenakan terhadap peniaga burger sebanyak RM50,000.

Klik untuk gambar besar

Tindakan Neelofa itu mendapat reaksi positif daripada netizen termasuk penyanyi Suhaimi Saad yang memberi sokongan penuh terhadap usahawan itu. Katanya lagi, meskipun Neelofa sudah berpunya namun dia akan sentiasa menyokongnya.

Bagaimanapun, itu bukan kali pertama Suhaimi memuat naik status menyatakan sokongan terhadap Neelofa. Malah, sebelum ini Suhaimi turut berseloroh meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui mengenai Neelofa dan PU Riz.

Sebelum ini, tular seorang peniaga burger Wan Mohd. Faisal Wan Kadir, yang berkongsikan kisahnya dikompaun sebanyak RM50,000 ketika sedang berniaga di hadapan rumah sendiri kerana berniaga lebih masa ditetapkan.




www.myartis.com / Sumber: Instagram Suhaimi Saad

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: