28 April 2021

TAK SANGKA NEELOFA & PU AZMAN BERHASRAT TOLONG - PENIAGA BURGER TAK MAHU TERIMA LAGI



"Peguam Neelofa ada call petang semalam, dia tanya tentang jumlah kompaun dan cara nak bantu selesaikan. Begitu juga dengan PU Azman, dia sendiri hubungi saya menyatakan hasrat nak tolong," kata isteri kepada peniaga burger yang dikenakan kompaun RM50,000, Norlaili Shasii, 36.

Peniaga burger tersebut dikenakan kompaun sebanyak itu kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dek kerana itu, ramai pihak yang ingin menghulurkan bantuan termasuk selebriti terkenal Noor Neelofa.

Perniaga itu tidak menyangka Neelofa sudi menghulurkan bantuan ketika dia dan keluarganya berdepan ujian. Menurut isteri kepada peniaga berkenaan, selain Neelofa yang tampil menawarkan bantuan, mereka turut dihubungi pendakwah bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Azman.

Pada Selasa, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 32, menerusi perkongsian di laman Instagram berkata dia sedia membantu peniaga berkenaan selepas dia dan keluarganya juga dikompaun atas dua kesalahan berjumlah RM60,000.

Isu bantuan itu muncul selepas isteri kepada PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail, 26, itu teruk dikecam kerana memuat naik gambar burger dengan kapsyen "moreh burger malam ni meh".

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun menurut Norlaili, dia dan suaminya Mohd Faisal Wan Kadir, 37, tidak menerima sebarang sumbangan daripada mana-mana pihak bagi melunaskan kompaun berkenaan.

Ujar Norlaili mereka masih menunggu keputusan rayuan yang dikemukakan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pejabat Kesihatan Kota Bharu.

"Memang ramai yang nak bantu, tapi buat masa ni kami tak mahu terima lagi. Selagi belum dapat keputusan rayuan, kami pun tak tahu berapa jumlah yang perlu dibayar. Pihak KKM kata mungkin dapat pengurangan atau pengecualian... jadi lebih baik tunggu dulu," jelasnya ketika dihubungi mStar.

Berhubung sama ada dia sedia menghubungi semula wakil Neelofa atau PU Azman sekiranya tidak mampu membayar kompaun itu nanti, Norlaili berkata dia tidak keberatan untuk berbuat demikian.


Dalam pada itu bercerita tentang perniagaan, Norlali berkata buat masa ini dia dan suaminya masih berdepan tekanan. Cerita Norlaili, dia dan suami masih trauma untuk kembali berniaga kerana takut insiden yang sama berulang.

"Kalau tak mampu, apa salahnya kami terima bantuan tu. Setakat RM1,000 tu... InsyaAllah kami boleh bayar sendiri. Sejak dikompaun Ahad lalu, kami tak berani nak berniaga lagi... masih stress. Tak ada kekuatan lagi buat masa ni," ujarnya sambil memaklumkan perniagaan burger adalah punca rezeki utama keluarganya.

Pada Isnin Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu mengesahkan pihaknya mengeluarkan kompaun RM50,000 kepada Mohd Faisal yang membuka gerai di hadapan rumahnya di Jalan Panji, Kota Bharu. Mohd Faisal didapati melanggar SOP PKP yang dikuatkuasakan di Kelantan ketika ini.

Polis bertindak selepas menerima aduan penduduk kampung bahawa peniaga itu sering berniaga melebihi masa dibenarkan iaitu pukul 10 malam ke atas dengan ramai pelanggan didapati duduk dan makan di situ. Kelantan ketika ini dalam tempoh PKP sehingga 29 April ini, susulan kes positif Covid-19.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: