19 April 2021

BERGELAR IBU SELEPAS 7 TAHUN - IDAYU TERPAKSA DIBEDAH, BAYI TERSANGKUT DI TALI PUSAT



Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Idayu yang kini sudah bergelar ibu selepas tujuh tahun menanti dengan penuh sabar. Idayu berkongsi berita gembira menerusi laman Instagram miliknya dengan memaklumkan dirinya selamat bersalin cahaya mata pertama, lelaki pada Jumaat lalu.

Idayu atau nama sebenarnya Nur Farah Idayu Yaakob, berkata, dia melahirkan bayi itu secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Ampang. Penyanyi berusia 35 tahun ini melahirkan rasa syukur atas kelahiran cahaya mata pertamanya yang diberi nama Aryan Rifai.

"Ikutkan, saya sepatutnya bersalin secara normal sebab bukaan pun dah 7 cm. Tapi keadaan baby semakin lemah sebab kepala dia tersangkut di tali pusat menyebabkan dia kurang oksigen.

"Itu yang terpaksa saya lalui pembedahan. Nak timbang berat bayi selepas keluar pun tak dapat sebab dia dalam keadaan yang tidak stabil. Sekarang pun, baby dalam ICU lagi tapi Alhamdulillah, keadaan dia semakin baik.

Klik untuk gambar besar



"Bagi saya, walaupun dapat rasa sakit nak bersalin normal dan dibedah, tapi ia satu pengalaman yang sangat indah untuk saya ingat sampai bila-bila. Penantian hampir tujuh tahun... dapat juga buah hati," katanya.

Melihat pada bahagian komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti mengucapkan tahniah selain turut mendoakan keadaan segala urusan Idayu dipermudahkan.

Dalam pada itu, Idayu memberitahu dia akan berkongsi wajah putera sulungnya apabila sudah bersedia dan pada masa yang bersesuaian.

Untuk makluman, uara program realiti Akademi Fantasia (AF) Megastar 2017 ini mendirikan rumah tangga dengan Shahrul Fadzil pada Mei 2014.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Idayu

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: