19 April 2021

FOTO BERSAMA PERUNDING PERKAHWINAN - NEELOFA & PU RIZ BAKAL ADAKAN RESEPSI?



Isu majlis pernikahan sebelum ini yang didakwa tidak mematuhi SOP itu belum reda lagi, terkini timbul pula isu terbaru apabila foto selebriti terkenal Noor Neelofa bersama perunding perkahwinan Rekateemor menjadi perhatian ramai.

Gambar tersebut dimuat naik oleh perunding perkahwinan itu di laman Instagram. Namun, apa yang menjadi perhatian adalah komen Neelofa pada gambar tersebut yang mengundang tanda tanya netizen.

Komen tersebut sekaligus mengundang persoalan netizen adakah selebriti popular itu bakal mengadakan majlis resepsi pula tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar



Seperti sudah dijangka, ramai yang membalas komen Neelofa. Malah, ada di antara netizen mengingatkan untuk menjaga SOP ditetapkan jika ingin membuat majlis selepas ini.

Tidak kurang juga, ada yang bersetuju jika majlis diadakan secara tertutup dan kurang kecaman yang bakal diterima. Bagaimanapun, Neelofa dilihat tampil menjelaskan keadaan bahawa dia hanya bergurau serta meminta netizen untuk bertenang.

Terdahulu, pihak polis membuka kertas siasatan membabitkan majlis perkahwinan Neelofa dan PU Riz apabila tular di media sosial satu gambar menunjukkan jemputan yang hadir tidak mematuhi SOP.




www.myartis.com / Sumber: Kosmo

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: