19 April 2021

NADIA BRIAN: "BERSYUKUR IA BERAKHIR... SAYA PASTI BERKAHWIN..."



"Saya bersyukur kerana ia berakhir dan dipermudahkan. Alhamdulillah, doa ibu dan ahli keluarga melembutkan hati bekas suami. Usaha mempercepatkan urusan lafaz cerai dilakukan di luar mahkamah. Lama menunggu saya, tertekan juga. Jiwa pun tidak tenteram kerana menunggu pengakhiran ini.

"Kesakitan ditanggung terhadap benda yang tidak dilepaskan cukup perit. Bagaimanapun, siapa berkahwin mahu mengakhiri dengan perpisahan. Bukan ini tujuan perkahwinan saya. Namun, saya akur dalam kehidupan bukan semua tersusun seperti dimahukan.

"Nasib baik kami belum dikurniakan anak. Soal status janda, bukan benda menyeronokkan. Apakan daya, jodoh tidak panjang," ujar pelakon Nadia Brian yang meluahkan rasa syukur segalanya telah pun berakhir apabila rumah tangga yang dibina bersama ahli perniagaan, Muizz Nasruddin sudah bertemu titik noktah.

Mengakui jiwanya tidak tenteram dan tertekan menunggu pengakhiran tersebut, namun Nadia berkata atas berkata doa urusan lafaz cerai dipercepatkan. Nadia berkata tiada siapa yang berkahwin mahu bercerai namun dia akur dengan segala ketentuan bahawa jodoh mereka tidak panjang.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Nadia berkata dia belum terlintas untuk mencari jodoh buat masa ini meskipun ada lelaki yang cuba mendekatinya. Di samping itu, ramai yang menegur Nadia kelihatan semakin kurus. Nadia ketika berada di hospital selepas mengalami berkata mungkin kerana makan hati sehingga tiada selera makan.

"Saya nak cari rezeki dan bantu keluarga terlebih dahulu. Namun, saya tak mampu menolak pada masa akan datang. Jika diizinkan Allah, ada jodoh adalah… Biarlah, ia lebih baik. Saya pasti berkahwin sebab fitrah manusia hidup berpasangan. Saya tidaklah sampai tahap trauma dan membenci lelaki.

"Ada yang cuba mendekati dalam Instagram (IG), tetapi hati saya belum membuka ruang ini. Mungkin juga disebabkan makan hati hingga tiada selera. Tetapi, saya memang menjaga badan dengan bersenam. Jadi, semua faktor ini mendorong saya menjadi lebih bersemangat mahu jaga badan. Lagipun, saya seorang pelakon, jadi kenalah jaga penampilan," katanya lagi.



www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Nadia Brian

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: