19 April 2021

NABIL MAHU ISTERI KEKAL BERTUDUNG, ISTIQAMAH BERSAMA-SAMA



"Zira berubah sebelum saya sertai tabligh lagi. Saya sebeanarnya malas nak komen pasal isu ini sebab sebelum ini dia dah ‘on-off’ pakai tudung dah dua tiga kali. Tapi saya perasan, dia 'on-off' pakai tudung bila saya kena temubual, dia buka tudung.

"Saya memang nak dia bertudung, nak dia istiqamah sama-sama dengan saya," itulah kata pelawak dan pengacara Nabil Ahmad yang mengharapkan yang terbaik dan berdoa semoga isterinya, Nazira Ayub kekal bertudung dan istiqamah.

Perubahan Nabil yang memilih untuk berhijrah ke arah kebaikan dan mendekatkan diri dengan agama di sambut baik oleh ramai pihak. Dalam pada itu, Nabil berkata kehidupan rumah tangganya kini lebih tenang selepas mereka sekeluarga cuba berubah ke arah yang lebih baik.

"Saya dulu suka marah-marah, bila ada benda tak kena. Asyik nak marah sahaja. Suami isteri biasa bergaduh, normal untuk orang yang dah kahwin. Betul, bila kita dah ada agama ini dan Dia sudah bagi hidahayah, Alhamdulillah saya bersyukur. Harap sangat saya boleh kekal istiqamah juga," jelasnya.

Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: