19 April 2021

"USIA SEKARANG MASIH BERPELUANG... HARI-HARI HENDAK GOMOL & PELUK ANDEEKA" - AWIE



"Dalam hati saya selalu terlintas dan terbayang, pada usia sekarang, saya masih berpeluang menikmati perkara ini (dikurniakan zuriat). Rasanya seperti hari-hari hendak gomol dan peluk Andeeka. Ini adalah anugerah dan rezeki terindah.

"Saya cuma berharap terus diberi kudrat dan kesihatan yang baik. Tidak mahulah pada usia ini, saya dianggap umpama datuk dan cucu jika bersama anak sendiri," tutur penyanyi dan pelakon Datuk Awie yang berharap dikurniakan kudrat untuk membesarkan anak bongsunya, Putra Ahmad Andeeka.

Tiada yang lebih bermakna bagi bintang versatil ini selain diberi rezeki menimang cahaya mata keenam pada usia 53 tahun. Kehadiran putera tersayang yang kini berusia tiga bulan, melengkapkan kebahagiaan mahligai dibina bersama isteri, Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin, 34, sejak 2016.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, Awie atau nama sebenar, Ahmad Azhar Othman mengaku ketika ini, dirinya tidak sihat. Namun, beliau enggan mendedahkan penyakit dihidapinya.

"Saya baru keluar hospital. Jadi, persiapan majlis ini tidak dapat diuruskan dengan baik... Mujur ada yang membantu. Sakit apa, adalah... Komplikasi daripada penyakit itu merebak. Saya fikir mungkin selepas ini, saya berehat panjang. Tengoklah pada keadaannya," katanya yang mahu berahsia mengenai penyakit.












www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian Metro & Instagram Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: