20 April 2021

KESIHATAN BAPA MEROSOT - USTAZ EBIT LEW MOHON DOA



"Doakan yer. Semoga bapa saya sihat sentiasa. Dah 3 bulan ni kesihatannya merosot. Tak boleh makan sangat dan tak gerak kemana-mana. Atas katil jer. Rindu ayah teramat sangat. Seorang ayah yang kerja siang malam. Tak reti berehat dari muda demi keluarga. Hidupnya bahagia memberi sesuatu buat isteri dan anak-anak.

"Seorang ayah yang lupa dirinya. Dimata dan hatinya hanyalah kebahagiaan buat isteri dan anak-anak. Hari-hari bercinta dengan mak. Menghargai mak macam remaja bercinta. Melihat dirinya sakit membuat hati saya amat sedih dan gelisah..

"Ya Allah berilah kesihatan buat bapa. Berilah semangat dan kekuatan buat dirinya. Saya berada disini sekarang asbab doa dan kasih sayang ibu dan bapa saya ini. Mak dah pergi dulu. Bapa ku inilah kekuatan buat diriku," demikian tulis pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya yang memaklumkan kesihatan bapanya semakin merosot sejak tiga bulan lalu.

Dalam entri tersebut, Ustaz Ebit sempat menceritakan pengorbanan bapa tersayang yang sangat gigih bekerja ketika diusia muda demi membahagiakan anak-anak dan isteri. Ustaz Ebit dalam masa sama turut meluahkan sedih melihat keadaan bapanya yang merupakan sumber kekuatannya selama ini dan meminta orang ramai mendoakan agar bapanya sihat sentiasa.

Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Ustaz Ebit Lew

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: