20 April 2021

KONGSI VIDEO TERAWIH BERJEMAAH DI PUSAT BOLING - NETIZEN PUJI PRODUKSI SHEILA RUSLY



Pelakon dan penerbit Sheila Rusly menerusi laman Instagram telah berkongsi satu video suasana terawih dan kelihatan suaminya, Jinggo mengimamkan kru dan pelakon drama 'Ratu Tenpin'.

Meskipun sibuk menjalani penggambaran, syarikat produksi JS Pictures Sdn Bhd tidak melepaskan peluang untuk melakukan ibadah terawih secara berjemaah di sebuah pusat boling semalam.

Dalam entri tersebut, Sheila turut menyertakan kapsyen meskipun sibuk dengan penggambaran namun ia bukan alasan untuk tidak menunaikan solat terawih.

Klik untuk gambar besar



"Malam ke 8. Tiada lagi alasan. Islam itu syumul. Iftar & terawih wt my extended family. Solat Isyak dipimpin oleh Tuan Hj Jinggo @jinggo_jspictures manakala Solat Sunat Terawih dipimpin oleh saudara," tulis Sheila.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji produksi Sheila yang tetap mengutamakan ibadah. Kata netizen lagi, tindakan tersebut secara tidak langsng memberi contoh kepada produksi lain supaya mengutamakan solat walau dimana pun berada.

Difahamkan, drama 'Ratu Tenpin' itu berkisahkan mengenai sukan boling dan dibintangi oleh pelakon utama Elisya Sandha, Fify Azmi, bekas pemain boling kebangsaan, Syaidatul Afifah, Nazim Othman, Wani Kayrie dan ramai lagi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Sheila Rusly

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: