20 April 2021

"KURUS SALAH, GEMUK PUN SALAH" - ZULIN AZIZ AKUI MASIH TERIMA KOMEN NEGATIF



"Bukan mudah untuk dapatkan bentuk badan sebegini. Tidaklah terlalu langsing tetapi apa yang paling penting saya sihat dan dijauhkan daripada sebarang penyakit. Cuma apabila sudah berimej begini, macam-macam pula orang kutuk. Kurus salah, gemuk pun salah.

"Ada pula yang kata bila sudah kurus, saya tidak kelakar seperti dulu lagi," luah pelakon Zulin Aziz yang mengakui masih ada komen-komen negatif dilemparkan mengenai perubahan dirinya yang kini sudah tampil langsing, namun dia bersyukur dengan apa yang dimilikinya hari ini.

Sementara itu, meskipun pernah mengharungi episod duka rancangan perkahwinannya sebelum ini musnah, namun Zulin tidak pernah menutup pintu hatinya untuk lelaki.

Klik untuk gambar besar



Malah, Zulin kini bahagia dengan seorang lelaki yang merupakan rakan bisnesnya serta mengakui jejaka bernama Farhan Norzaini itu merupakan insan istimewa di hatinya ketika ini.

Pengalamannya yang lalu mengajar supaya tidak terlalu berkongsi kehidupan peribadi kepada umum, Zulin memberitahu ramai mendoakan dia berjodohan dengan Farhan.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, dia merupakan rakan niaga bagi produk makanan kami dan foto tersebut diambil untuk tujuan mempromosi bisnes tersebut.



"Bukanlah untuk praperkahwinan seperti yang diperkatakan netizen. Tetapi tidak dinafikan dia lelaki istimewa dalam hidup saya ketika ini.

"Tidak dinafikan saya dihujani doa ramai peminat yang mahukan hubungan kami berakhir ke jenjang pelamin. Terima kasih untuk titipan doa kalian.

"Doakan yang baik-baik untuk saya. Kalau boleh, saya enggan lagi melalui fasa putus cinta terutamanya pada usia sekarang. Mudah kata, tidak mahu terlampau nak beria-ia sangat," katanya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Zulin Aziz

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: