20 April 2021

MUAT NAIK WAJAH ANAK KEDUA SITI NURHALIZA - ASYRAF KHALID DIKECAM 'JUAL' ADIK



"Sumpah saya rasa Asyraf ni sangat tidak beradap. Saya rasa ia common sense untuk awak tidak muat naik gambar bayi yang baru lahir di media sosial. TokTi pun tak muat naik muka depan-depan macam tu lagi kot.

"Dia boleh buat vlog full pula dekat channel Tya, are you kidding me? Ini level tumpang clout macam mana pun tak tahulah," itulah antara komen-komen netizen di laman Twitter dimana mereka meluahkan rasa kesal dengan anak tiri penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid.

Asyraf menerima kecaman tersebut selepas memuat naik wajah adiknya yang baru dilahirkan semalam. Malah, suami kepada pelakon dan penyanyi Tya Ariffin itu dituduh mempergunakan kelahiran anak kedua Siti untuk menarik tontonan di saluran YouTube mereka.

Netizen juga berpendapat bahawa wajah bayi itu didedahkan oleh Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa. Bukan itu sahaja, netizen turut bertanyakan kepada Asyraf sama ada ibu tirinya okay memuat naik gambar wajah bayi kepada umum memandangkan baru sahaja dilahirkan.

Klik untuk gambar besar



Pertanyaan netizen itu dibalas oleh Asyraf yang memaklumkan dia terlebih dahulu telah mendapat keizinan daripada bapanya untuk memuat naik gambar adiknya di media sosial.

Sebelum ini, Asyraf pernah dikecam apabila terlebih dahulu membuka akaun Instagram anak pertama Siti iaitu Siti Aafiyah sebaik sahaja dilahirkan.

Semalam, Siti selamat melahirkan cahaya mata kedua yang merupakan bayi lelaki pada jam 6.12 pagi di sebuah pusat perubatan di Selangor secara pembedahan.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Asyraf Khalid

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: