20 April 2021

KES NEELOFA MASUK HARI KE-25 - POLIS SERAH SEMULA KERTAS SIASATAN KEPADA TPR



"Kita hantar semula kertas siasatan semalam selepas membuat beberapa penambahan mengikut arahan pihak berkenaan sebelum ini. Perkembangan lanjut kes itu akan dimaklumkan kemudian," demikian kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah yang memaklumkan pihaknya sudah menghantar semula kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) pada Isnin dan menunggu arahan untuk tindakan lanjut.

Kertas siasatan terhadap majlis pernikahan selebriti terkenal Noor Neelofa dan suaminya, PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail berhubung dakwaan majlis pernikahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) sudah masuk hari ke-25 dan kini masih belum selesai.

Pada Sabtu lalu, Mohamad Zainal Abdullah memberitahu pihak Timbalan Pendakwa Raya telah mengembalikan kertas siasatan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, polis mencadangkan kompaun dikeluarkan kepada pasangan itu kerana gagal mengikut SOP yang ditetapkan ketika acara itu berlangsung.

Klik untuk gambar besar



Polis membuka kertas siasatan pada 27 Mac lalu selepas timbul kekecohan bahawa majlis pernikahan mereka yang berlangsung di sebuah hotel di Kuala Lumpur gagal mematuhi SOP dan tiada penjarakan fizikal.

Sebelum ini, pihak keluarga pasangan berkenaan telah hadir di IPD Dang Wangi untuk membantu siasatan pihak berkuasa. Mereka disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Untuk makluman, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd noor dan Riz diijabkabul pada 27 Mac lalu di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.


www.myartis.com / Sumber: mStar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: