20 April 2021

"PERNAH LALUI MASA TERBURUK" - IKHLAS MAHU BERUBAH, ALIFF AZIZ USAHA BUANG TATU



"Semua orang tahu kesilapan saya, macam-macam yang terjadi.. saya pun tak nak sebut soal itu. Saya pernah lalui satu masa terburuk dalam hidup. Saya mengaku telah melakukan banyak penyesalan pada masa lalu saya.

"Jadi, saya cuba untuk mengenal pasti apa yang boleh dibuat. Memang dalam agama pun ada cakap kalau benda itu (buang tatu) memudaratkan... tak perlu.

"Saya rasa itu adalah usaha saya, bukan orang lain atau pun nak buktikan kepada sesiapa. Sebab the end of the day, kalau kita buat secara ikhlas orang akan rasa keikhlasan itu," ujar penyanyi dan pelakon Aliff Aziz.

Aliff atau nama sebenar Muhammad Aliff Aziz, 30, menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini telah memberitahu dia ingin mencari klinik untuk membuat rawatan membuang tatu.

Klik untuk gambar besar



Memuat naik status di Instastory, suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah itu meminta pertolongan daripada netizen untuk mencadangkan klinik bagi rawatan membuang tatu. Status yang dimuat naik Aliff itu telah menarik perhatian netizen.

Menurut Aliff, tindakan untuk membuang tatu itu bukan untuk membuktikan kepada sesiapa pun sebaliknya ia datang daripada hatinya sendiri. Tambahnya, perkara itu juga dilakukan secara ikhlas terutama dalam usaha untuk berubah menjadi manusia lebih baik.

Sekitar Januari tahun lalu, sebuah video memperlihatkan seorang lelaki dipercayai Aliff memakai baju singlet, berseluar biru dan memiliki tatu di belakang badan melakukan provokasi dan bergaduh dengan orang awam di Singapura.

Hampir dua tahun dihimpit pelbagai kontroversi dan tinggal bersama keluarga di Singapura, Aliff akhirnya kembali ke pangkuan isteri dan anak-anak iaitu Muhammad Ayden Adrian dan Ara Adreanna di Malaysia pada Disember lalu.



Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Sayang Sayang' ini meluahkan rasa terharu kerana mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga dan rakan-rakan semenjak berada di Kuala Lumpur.

"Alhamdulillah sejak saya di sini, ramai yang beri sokongan. Daripada keluarga, kawan-kawan, semua bagi sokongan kepada saya. Saya rasa gembira dan akhirnya saya dapat juga jumpa dengan semua rakan media," ujarnya.

Untuk makluman, Aliff berkahwin dengan Bella pada 9 September 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Muhammad Ayden Adrian, 3, serta Ara Adreanna yang kini berusia 7 bulan.

Pasangan ini pernah bercerai pada pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali kantoi berlaku curang namun rujuk kembali ketika Bella dalam tempoh edah.





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aliff Aziz & Bella Astillah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: