20 April 2021

DINASIHAT TAK PANDANG KAMERA - DA'I SYED DEDAH PERNAH DISIHIR MELALUI MATA KETIKA IG LIVE



Tindakan pendakwah bebas dan penyanyi Da'i Syed Iqmal tidak memandang kamera baru-baru ini telah mengundang rasa kurang senang segelintir netizen di laman Instagram.

Menerusi paparan skrin mesej yang dimuat di Instastory pada Selasa, netizen yang mempersoalkan tindakan Syed nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful itu selain turut memberi peringatan kepada pendakwah itu.

"Salam DS, maaf tapi saya dah lama perasan Dai selalu cakap tak menghadap kamera... tak tahu kenapa. By the way, Nabi kita selalu cakap menghadap orang tersebut. Hanya sekadar peringatan. Semoga terus berjaya. Amin," tulis individu tersebut.

Sebelum ini, pendakwah berusia 26 tahun ini memuat naik satu video memperlihatkan dia sedang mempromosikan produk namun matanya dilihat seakan mengelak untuk melihat terus ke kamera.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Syed mengakui dia sememangnya sengaja tidak memandang terus ke kamera ketika membuat video atau siaran langsung di Instagram (IG Live).

Menurut penyanyi lagu 'Ya Habib' ini, dia terpaksa bertindak sedemikian atas nasihat seorang ustaz yang memintanya untuk berhati-hati kerana berkemungkinan disihir atau santau melalui mata ketika melakukan IG Live.

"Ya! Memang saya selalu tak pandang kamera. Di IG live juga begitu. Sebab, beberapa bulan lalu saya berubat. Ustaz itu nasihatkan saya... jangan terlalu pandang kamera. Sebab mereka hantar sihir dan santau melalui mata saya ketika waktu live di IG. Mohon doakan. So struggle nak pulih," balas Syed.

Untuk rekod, Syed berdepan dengan pertuduhan melakukan seks luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta pada Oktober tahun lalu dan kes tersebut masih berjalan di mahkamah sehingga kini.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Da'i Syed

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: