21 April 2021

KERETA TERBABAS LANGGAR LOPAK AIR - NASH ALAMI CEDERA DI MUKA & SAKIT DADA



Malang tak berbau... demikian halnya yang terjadi dengan penyanyi Datuk Nash apabila beliau terbabit kemalangan di kilometer 250.8 (arah utara), Lebuhraya Utara-Selatan kira-kira pukul 4 petang, Selasa.

Kemalangan tersebut menyebabkan Nash atau nama sebenar Jamaludin Elias, 62, mengalami kecederaan di bahagian muka dan mengadu sakit di dada, lalu dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd. Said Ibrahim, kenderaan yang dinaiki Nash bersama pemandunya berusia 33 tahun itu jenis Toyota Harrier dipercayai terbabas tanpa membabitkan kenderaan lain.

Klik untuk gambar besar



"Mangsa dalam perjalanan dari arah Johor menuju ke Kuala Lumpur bersama pemandunya. Apabila tiba di lokasi kejadian, kenderaan yang dinaiki mangsa telah melanggar lopak air menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan. Lalu kenderaan itu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuhraya," katanya.

Mohd. Said turut memaklumkan mangsa mengalami kecederaan serta luka di muka dan sakit dada, manakala pemandunya yang merupakan seorang lelaki berumur 33 tahun hanya mengalami kecederaan luka-luka ringan.


"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami luka di muka dan sakit dada, manakala pemandunya pula mengalami kecederaan ringan. Penyanyi itu dibawa oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan ke Hospital Tuanku Ja`afar (HTJ) bagi menerima rawatan," jelasnya.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan. Sebelum itu, menerusi Facebook rasmi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ada berkongsi foto maklumat mengenai kemalangan tersebut.

"Kemalangan yang berlaku petang tadi yang melibatkan lagenda rock tanah air Datuk Nash. Semoga sembuh kepada lagenda kita yang merupakan pegawai bersekutu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia. APM Rembau terima kasih untuk tindakan pantas," tulis pengendali akaun.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Harian Metro & Facebook Angkatan Pertahanan Awam Malaysia

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: