21 April 2021

BILA PELAWAT SITI NURHALIZA DIPERSOAL: "'DOUBLE STANDARD, AKU DAH PENAT"



Penyanyi nombor satu negara, Dato' Seri Siti Nurhaliza baru sahaja menimang cahaya mata kedua yang telah selamat dilahirkan pada 19 April lalu.

Berkongsi berita gembira tersebut, Asyraf Khalid menerusi perkongsian di laman Instagram memuat naik detik kelahiran adik bongsunya itu.

Bagaimanapun, ada netizen mempersoalkan prosedur operasi standard (SOP) bersalin di hospital apabila ramai pelawat dibenarkan masuk. Tambahnya, berdasarkan pengalaman, tiada seorang pun dibenar masuk kecuali suami sahaja.

Klik untuk gambar besar



Mendapat lebih 1.4k retweet dan 1.3k tanda suka, pelbagai respon yang diterima lelaki ini. Rata-rata berpendapat pelawat dibenarkan masuk kerana sudah membuat ujian swab terlebih dahulu.

Menurut mereka, jika bersalin di hospital kerajaan, pelawat sememangnya tidak dibenarkan masuk kecuali hanya seorang penjaga.

Manakala, hospital swasta pula peraturannya lebih longgar dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu seperti ujian swab dan sebagainya.




www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: