Baru-baru ini, pelakon Sharifah Sakinah menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik sebuah video pendek bersama kekasih hatinya, Michael Hansen sedang melakukan senaman berdua.
Entri tersebut telah kembali mencuit perhatian peminat. Apa yang menarik perhatian netizen apabila latar belakang pasangan itu seperti sedang berada di sebuah negara asing, bukannya di Malaysia. Berikutan itu, timbul persoalan dalam kalangan peminat adakah Sakinah sudah berhijrah ke luar negara bersama Michael?
Meskipun ruangan komen hantaran berkenaan dihujani persoalan yang sama daripada peminat, Sakinah bagaimanapun dilihat terus mendiamkan diri dan membiarkannya terus menjadi tanda tanya.
Ada pula yang mendakwa dan merasakan Sakinah dan Michael telah pun berkahwin tanpa pengetahuan peminat dan terus berpindah ke luar negara.
Klik untuk gambar besar
Meninjau ruangan komen, selain komen berbaur pertanyaan mengenai perpindahan dan perkahwinan selebriti kontroversi itu, ramai yang tampil mendoakan Sakinah dan pasangan menemui kebahagiaan mereka dan bahagia hingga ke akhir hayat.
Terdahulu, Sakinah pernah muncul dalam sebuah program temu bual bersama Datuk Aznil Haji Nawawi dan memaklumkan akan berpindah ke luar negara bagi menjalani rawatan penyakit yang dihidapinya iaitu Attention Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD.
Untuk makluman, Sakinah dan Michael juga telah bertunang dan mengumumkan akan bernikah pada Mei tahun ini. Pelakon drama 'Aku Yang Kau Gelar Isteri' itu pernah berkahwin kali pertama bersama Afif Adha sebelum bercerai pada Mei 2020 dan hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang anak perempuan.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sharifah Sakinah
________________________
No comments:
Post a Comment