21 April 2021

"DOAKAN ANAK SAYA, SEHINGGA KINI SAYA PERLU PENDAM HASRAT PELUKNYA DENGAN ERAT" - IDAYU



Pada 16 April lalu (Jumaat), penyanyi Idayu Yaakob telah pun selamat bergelar ibu kepada cahaya mata lelaki selepas tujuh tahun menanti dengan penuh sabar.

Namun di sebalik keterujaan menimang anak sulung, Idayu Yaakob atau nama sebenarnya, Nur Farah Idayu Yaakob, 35, telah diuji apabila bayinya berdepan komplikasi ketika dilahirkan.

Idayu selamat melahirkan bayi yang diberi nama Aryan Rifai di sebuah pusat perubatan di ibu kota. Namun, sehingga kini, belum dapat bersama dengan anak sepenuhnya.

Katanya, dia sepatutnya melahirkan anak sulungnya itu secara normal, namun terpaksa melalui pembedahan selepas Aryan mengalami kekurangan oksigen akibat kepala tersangkut pada tali pusat. Sebagai ibu, Idayu berkata, perasaan resah dan bimbang tidak mampu disembunyikan dengan situasi melanda anaknya.

Klik untuk gambar besar



"Satu kepuasan sudah diperoleh selepas melahirkan Aryan. Apatah lagi, saya dan suami sudah tujuh tahun menanti kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga kami.

"Keadaan Aryan semakin baik apabila kuningnya sudah nampak beransur sedikit. Aryan juga sudah dipindah ke wad biasa daripada dari Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Saya mohon orang ramai dapat mendoakan anak saya. Sehingga kini, saya perlu pendam hasrat memeluknya dengan erat. Saya tidak senang duduk melihat keadaan bayi. Walaupun saya sendiri baru bersalin, tetapi risau sangat. Saya berharap anak Aryan kuat.


"Selepas Aryan dilahirkan, doktor memasang oksigen. Saya juga dibius penuh pada saat mahu melahirkannya. Saya hanya dapat menyentuhnya sesekali saat melawat di ICU. Itupun tidak boleh selalu.

"Doktor nasihatkan saya jangan terlalu kerap melawat Aryan, bimbang sakit kuningnya lambat sembuh. Anak saya kena pulih sendiri supaya boleh cepat keluar hospital," katanya.

Juara program realiti AF Megastar 2017 itu turut berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anaknya itu dalam laman Instagram (IG) miliknya, kelmarin. Idayu mendirikan rumah tangga dengan Shahrul Fadzil pada Mei 2014.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: