21 April 2021

KELUARGA POSITIF COVID-19 - DEEN HOT FM MOHON DOAKAN KEMBALI SIHAT



Menerusi muat naik di laman Instagram, penyampai radio Hot FM, Deen, 33, telah berkongsi khabar duka apabila ibu bapa dan tiga anggota keluarganya yang lain iaitu kakak, adik bongsu dan anak saudara disahkan positif Covid-19. Deen atau nama sebenarnya, Nordin Madian berkata, mereka kini sedang dirawat di Miri, Sarawak.

"Saya baru tahu berita ini semalam. Pada mulanya, adik perempuan saya yang tinggal bersama keluarga di Miri positif Covid-19, Khamis lalu.

"Jadi, seluruh ahli keluarga saya yang lain menjalani ujian saringan Sabtu lalu. Semalam keputusan mendapati ibu, bapa, kakak, adik bongsu dan seorang anak saudara saya turut disahkan positif.

"Apa yang paling dibimbangkan adalah keadaan kedua orang tua saya. Mereka tidak bergejala tetapi disahkan positif. Namun, saya tetap rasa gundah kerana mereka sudah berusia," katanya.

Klik untuk gambar besar



Pengendali segmen Jam Hot bersama Haziq dan Fad ini turut memohon doa orang ramai supaya ahli keluarganya kembali sihat.

"Setakat ini, keadaan semua terkawal dan mereka bakal dipindahkan ke pusat kuarantin di sana. Saya mohon doa orang ramai supaya ahli keluarga saya diberikan kesembuhan dengan segera," tuturnya lagi.

Dalam masa sama, Sarawak merekodkan kes harian positif Covid-19 tertinggi berbanding negeri lain di seluruh negara.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Deen Hot FM

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: