04 April 2021

"CIK B JANGAN DOWN" - DATUK SERI VIDA MOHON MAAF JADI PUNCA ABC TERSINGKIR MLS2



"Kepada Cik B, anak mama yang hebat. Cik B jangan down. InsyaAllah ada rezeki lebih lagi untuk Cik B, semua ini ada hikmah. Menjadikan titik kegagalan Cik B dan kumpulan Cik B sebab Mama. Tapi iringan doa Mama sentiasa ada bersama Cik B. Mama minta maaf Cik B.

"Cik B dan kumpulan dah buat yang terbaik tetapi dijadikan takdir sebab Mama kumpulan Cik B tak boleh masuk ke final," itulah kata-kata usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida menerusi muat naik video di laman Instagram.

Di minggu separuh akhir Muzikal Lawak Superstar musim ke-2 (MLS2), kumpulan ABC yang dianggotai Chiwan, Achok dan Cik B telah menjemput Vida sebagai tetamu jemputan. Namun, gandingan tersebut dikatakan kurang menjadi menyebabkan kumpulan ini gagal ke pentas akhir program tersebut.

Klik untuk gambar besar



Dek kerana itu, Vida telah tampil memohon maaf kepada anaknya, Cik B dan ABC kerana gagal membantu kumpulan itu mara ke peringkat seterusnya. Kata DSV lagi, dia berasa bersalah dan kesal kerana penyingkiran berlaku seolah-olah berpunca daripada dirinya.

Jelasnya lagi, dia bersetuju untuk menjadi tetamu jemputan bukan untuk meraih glamor atau populariti. Vida sendiri tidak menyangka niatnya untuk membantu sedikit tersasar walaupun sudah membuat latihan.



Sebagai seorang ibu, Vida sentiasa menyokong minat Cik B dan terkilan kumpulan itu tidak melangkah ke final Muzikal Lawak Superstar 2 disebabkannya.

Kata ahli perniagaan ini lagi, ini merupakan pengalaman terburuk sepanjang dia berada dalam bidang penyiaran. Bagaimanapun, dia menerima dengan redha.

Di ruangan komen, penonton beranggapan kemunculan Vida telah menenggelamkan mutu sketsa ABC. Kata mereka lagi, ABC yang merupakan salah satu kumpulan harapan telah membuat satu kesilapan besar.










www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Datuk Seri Vida

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: