04 April 2021

AKTIVITI DI LANGKAWI - POLIS SIASAT, AKAN PANGGIL NEELOFA & PU RIZ



"Kita sedang tangani kes ini selepas ada gambar aktiviti dan kehadiran beliau (Neelofa) bersama suami (di Langkawi) telah melanggar SOP yang ditetapkan. Kita akan ambil tindakan.

"Mereka kena jawab, tapi gambar itu macam aktiviti santai-santai sahaja... jelas ia tidak boleh dilakukan dan melanggar SOP. Sebabnya dia datang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP)," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

Difahamkan, pihak polis akan memanggil pasangan selebriti itu untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan berbulan madu di Pulau Langkawi, Kedah.

Klik untuk gambar besar



Menurut Ketua Polis Negara, berdasarkan bukti video dan gambar yang dimuat naik di media sosial pasangan itu didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Katanya lagi, pegawai penyiasat akan mengenal pasti adakah aktiviti yang gambarnya dimuat naik itu sebahagian kegiatannya perniagaannya. Tambah beliau lagi, polis juga akan memanggil saksi yang boleh membantu melengkapkan siasatan kes itu secepat mungkin.

Sebelum ini, setiap aktiviti yang dilakukan Neelofa bersama suaminya di Langkawi atas urusan kerja sentiasa menjadi perhatian netizen.



Malah, Neelofa menerusi InstaStorynya berkongsi momen-momen bahagia bersiar-siar di pulau peranginan tersebut bersama suami tercinta. Sejak semalam, Neelofa memuat naik beberapa video memaparkan dia dan Haris bersiar-siar sambil menaiki kereta kabel.

Dalam perkongsian tersebut, mereka kelihatan cukup mesra dan bahagia kerana tidak lekang daripada berpegangan tangan sepanjang menghabiskan masa di atas puncak lokasi kereta kabel berkenaan.

Hari ini pula, pasangan sejoli itu dilihat seronok menaiki 'jetski' dengan mengelilingi dan menikmati keindahan pulau di sana. Sebelum mereka keluar melakukan aktiviti tersebut, bekas pengacara MeleTOP itu sempat mempromosikan minuman botani keluaran jenama produknya, Nilofa.



www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Kosmo

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: