04 April 2021

KHAI BAHAR & NABILA RAZALI BERGAMBAR BERSAMA - NETIZEN PUJI SEPADAN



Penyanyi dan pelakon Khai Bahar menerusi laman Instagram telah memuat naik foto dia menghadiri majlis resepsi pasangan Syamel dan Ernie Zakri yang berlangsung semalam di Bayswater, KLCC. Tidak ketinggalan, penyanyi dan pelakon Nabila Razali juga turut berkongsi foto dia menyaksikan majlis pasangan itu.

Namun begitu, foto yang dimuat naik Khai dan Nabila itu telah menjadi perhatian apabila kedua penyanyi itu memuat naik gambar bersama. Malah, keduanya juga dilihat sempat berbalas 'emoji' berbentuk hati di ruangan komen.

Perkongsian gambar kedua mereka itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminat dan netizen yang memuji Khai dan Nabila sesuai bersama. Tidak kurang juga ada yang mengatakan selepas ini mungkin giliran mereka pula yang akan naik pelamin.

Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Khai Bahar & Nabila Razali

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: