"Saya serba salah kerana bila saya cakap yang betul nanti, orang ingat saya sombong pula. Nanti dikatanya artis memang mengada-ngada. Saya geram dengan warga asing yang tidak menghormati undang-undang negara kita. Saya tak pernah tinggal di PPR sebelum ini dan kalau ada rezeki memang saya nak pindah ke PPR lain," demikian kata pelakon veteran, Norlia Ghani.
Norlia meluahkan perasaan kecewa terhadap sikap segelintir penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang disifatkannya agak kurang berdisiplin. Norlia mengakui luahannya itu bukan bermakna dia tidak berterima kasih dengan keprihatinan kerajaan memberikannya rumah berkenaan.
Bercerita lanjut, Norlia yang tinggal di kawasan PPR di Cheras sejak tiga tahun lalu berkata mereka sering berdepan masalah parkir dan lif rosak. Norlia berkata dia juga pernah mengadukan hal berkenaan kepada ketua blok, namun tiada sebarang tindakan diambil.
Klik untuk gambar besar
"Lif tiga tapi hanya satu yang berfungsi. Dua lagi, baru dibaiki tapi selepas itu rosak semula. Macam saya tinggal di tingkat enam, memang tak larat nak turun naik dengan tangga. Selain itu ada berlaku kes tengah malam orang bertukang dan bunyi bising motosikal yang sangat mengganggu.
"Itu yang buat saya kecewa. Apapun, saya gembira dengan penduduknya yang okay dan tiada masalah pun dengan mereka. Tapi, sekiranya ada peluang memang saya nak pindah dan InsyaAllah akan buat permohonan," ujarnya yang membayar sewa RM124 sebulan
Pelakon berusia 72 tahun itu turut menyuarakan harapa untuk memiliki rumah PPR tiga bilik kerana ada kala anak cucunya sering bertandang ke rumah.
"Kalau dapat rumah PPR tiga bilik lagi bagus kerana sekarang pun tiga bilik juga dan ada kala cucu saya akan bertandang ke rumah," tuturnya yang kini tinggal bersama anaknya, Romie, 40-an.
www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Norlia Ghani
________________________
No comments:
Post a Comment