30 April 2021

DAKWAAN KAHWIN NORA ARIFFIN - INI JAWAB ANNUAR MUSA: "FITNAH SAYA SEORANG SUDAHLAH"



"MasyaAllah... saya beristighfar sahaja, sebagai orang politik tak apalah kalau kawan-kawan nak fitnah sikit-sikit tapi kalau melibatkan orang lain kena jaga nama baik keluarga mereka. Orang yang disebut itu setahu saya daripada keluarga cukup terhormat, saya kenal sepenuhnya latar belakang mereka dan sebagainya.

"Kalau nak buat fitnah, fitnah saya seorang sudahlah... jangan kaitkan orang lain, orang itu ada keluarga," demikian kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa yang tampil menafikan dakwaan kononnya dia sudah berkahwin dengan penyanyi Datuk Nora Ariffin seperti didakwa seorang pengguna Twitter pada malam Rabu.

Tenang berdepan gosip liar tersebut, Annuar berkata sebagai orang politik dia sering berdepan dengan pelbagai fitnah dan serangan peribadi. Sebelum ini, Nora atau nama sebenar Wan Norafizah Wan Ariffin, 48, menafikan khabar angin tersebut dan mengakui dia masih solo.

Klik untuk gambar besar





Kontroversi tercetus apabila seorang pengguna Twitter mengucapkan tahniah dengan mendakwa penyanyi lagu 'Desa Tercinta' ini sudah bernikah dengan Annuar. Dalam pada itu, Annuar menyeru individu yang menyebarkan fitnah tersebut segera bertaubat dan memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadan ini.

"Saya doakan mudah-mudahan semua orang ambil iktibar bulan Ramadan ini... kurangkan la perkara mungkar, tambah kebajikan. Saya pun tak nak marah-marah... elok sabar sajalah! Saya tahu malam tadi, tak sedap hati juga la. Fitnah itu kesannya lagi dahsyat daripada membunuh, tapi orang kita tak takut, fitnah dah jadi kerja harian. Kita doa semoga mereka terbuka pintu hati. Saya okay saja," ujarnya.

Sementara itu, Nora menerusi laman Instagram miliknya berkata dia tidak terfikir mendirikan rumah tangga dengan orang kenamaan sebagai jalan pintas untuk hidup mewah.



"Dari empat tahun lalu, hingga ke hari ni hidup saya tetap sama saja, tetap meneruskan perjuangan demi masa depan anak-anak. Kerja siang malam, kehulu-kehilir cari rezeki untuk menyara keluarga, bukan mencari umpan besar.

"Saya tidak terfikir sama sekali untuk hidup mewah dengan jalan pintas. Saya akui bila kena urus diri sendiri, memang saya terpaksa berurusan dan bertemu dengan ramai orang serta semua golongan.

"Apa pun jodoh, rezeki dan ajal di tangan Allah. Andai kata direzekikan Allah SWT, saya akan maklumkan. Bina masjid adalah benda yang baik. Berkahwin adalah sunnah dan ibadah juga. Sama-sama doakan yang baik- baik," tulisnya.



www.myartis.com / Foto: Instagram Nora Ariffin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: