30 April 2021

MUAT NAIK STATUS ISU RUMAH TANGGA - ADIRA DOAKAN HUBUNGAN MADU & SUAMI KEKAL BAIK



"Saya tak mahu komen lebih, tapi saya rasa mereka (Datin Red dan suami) okay sahaja. Sebenarnya, apa-apa hal keluarga saya akan tahu cuma saya tak mahu terlalu berkongsi kepada umum mengenainya. Saya bukan nak menyibuk tapi kadang-kadang perkara begini ada pihak lain yang berkongsikan dengan kita. Kadang-kadang peminat pun sendiri datang berkongsik info.

"Apa pun saya sentiasa doakan agar hubungan di sana kekal baik..," ujar penyanyi kecil molek, Adira Suhaimi yang memberitahu dia enggan mengulas dengan lebih mendalam mengenai isu melibatkan madunya, Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim atau lebih dikenali sebagai Datin Red dimana dia ada meluahkan perasaan di Instagram Stories baru-baru ini.

Kata Adira, dia menganggap dan merasakan hubungan suaminya, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu bersama isteri pertamanya itu baik-baik sahaja. Dia juga menjelaskan tidak mahu mengulas secara berlebihan tambahan lagi di media sosial kerana inginkan privasi apabila melibatkan hal keluarga.

Klik untuk gambar besar





Dalam pada itu, penyanyi lagu 'Kesempatan Bagimu' itu memberitahu bahawa dia ada menyedari mengenai perkongsian madunya itu yang seolah-olah memberi bayangan terdapat konflik berlaku dalam rumah tangga mereka. Bagaimanapun, Adira berkata dia hanya mendoakan yang terbaik buat rumah tangga suami dan isteri pertamanya itu.

Untuk makluman, Adira dan Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adna Abu telah mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Hasil perkongsian hidup, Adira dan suami dikurniakan tiga orang cahaya mata manakala bersama Datin Red pula lima orang anak.




www.myartis.com / Foto: Instagram Adira Suhaimi & Datin Red

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: