30 April 2021

SERINA TAK TOLAK ADA PIHAK CUBA AMBIL KESEMPATAN MENJATUHKAN NAMANYA



Belum reda kontroversi pernikahan dengan pegawai polis, Meor Mohammad Aidid, pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan, 39, didakwa terbabit dengan sindiket, baru-baru ini.

Serina sudah membuat laporan polis menganggap fitnah dikaitkan dengannya tidak masuk akal, selain cubaan menjejaskan kerjaya dan perniagaan telekung, Serina Inspire yang dibina sejak dua tahun lalu.

Serina dalam masa sama tidak menolak ada pihak cuba mengambil kesempatan menjatuhkan nama baik dalam kemelut rumah tangganya. Anak kepada cef selebriti terkenal, Chef Wan itu berkata, apa yang berlaku biarlah berlalu, dirinya juga enggan larut dengan fitnah yang dilemparkan.

"Apa yang keluar dalam laman web dan media sosial semuanya fitnah. Saya anggap cubaan menjatuhkan nama baik dan reputasi perniagaan yang dimiliki.

Klik untuk gambar besar





"Netizen pula tidak berhenti melemparkan pelbagai kata nista, seolah-olah mengetahui apa yang berlaku di sebalik kehidupan saya selama ini.

"Namun, apa yang berlaku biarlah menjadi pengajaran. Saya perlu bangkit meneruskan perjuangan kerana ini jalan yang saya pilih. Tidak mengapalah, ini dugaan besar saya.

"Saya tidak mahu bisnes dibina daripada kosong musnah begitu sahaja. Tambahan pula, banyak mulut perlu disuap terutama aspek kebajikan ejen dan pekerja.



"Saya memang menaruh harapan tinggi untuk menjadikan dunia perniagaan sebagai periuk nasi utama selepas peralihan daripada dunia seni yang sekian lama diceburi.

"Ada yang menganggap saya mengambil kesempatan menerusi kontroversi berlaku untuk melariskan bisnes. Sedangkan, bukan setahun dua saya menceburi bidang perniagaan. Saya langsung tiada niat seperti yang disangka," katanya dipetik sebagai kepada Berita Harian.

Katanya, dia memilih bisnes telekung kerana ia boleh mengingatkan dirinya menjaga solat dan terus beristiqamah mendekatkan diri dengan Allah.



"Pembabitan saya dalam bisnes telekung ini bukan dibuat secara tergesa-gesa dan ingin mengambil kesempatan atas kerjaya sebagai selebriti.

"Selain berdakwah secara halus, sedikit sebanyak bisnes telekung memberi peringatan kepada saya mengenai kepentingan menjaga solat. Kita semua tahu solat adalah tiang agama," tuturnya.

Terdahulu, Serina mencetuskan kontroversi apabila didakwa berkahwin dengan suami orang tanpa pengetahuan bapanya, chef selebriti popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Keadaan semakin panas apabila bekas isteri Meor Mohammad Aidid mendakwa belum bercerai ketika Serina dan suaminya berkahwin di Perlis, selain tidak mendapat kebenarannya.



www.myartis.com / Foto: Instagram Serina Redzuawan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: