30 April 2021

MAHKAMAH TOLAK SAMAN FITNAH TERHADAP RAYSHA & NELYDIA



"Pada 14 Februari tahun lalu, saya dan kakak disaman fitnah bagi kandungan Twitter dan Instagram yang dikeluarkan oleh kami pada 11 Januari tahun lalu yang menyatakan bahawa plaintif melakukan kecurian terhadap barang-barang berharga milik keluarga kami.

"Dengan bantuan dan nasihat peguam, kami mempertikaikan saman plaintif itu dan melalui satu perbicaraan penuh untuk membela diri kami dengan menegaskan bahawa kandungan Twitter dan Instagram itu adalah berdasarkan pengakuan plaintif sendiri.

"Selepas mendengar keterangan keseluruhan tujuh saksi daripada kedua-dua pihak, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menolak saman plaintif terhadap saya dan Nelydia dengan kos dan memutuskan bahawa kami berjaya membuktikan pembelaan-pembelaan justifikasi dan komen yang berpatutan," kata pelakon Raysha Rizrose apabila dia dan kakaknya, pelakon Nelydia Senrose menang kes saman fitnah yang difailkan seorang individu lelaki (plantif) pada Februari tahun lalu di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.



Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, 25, ketika dihubungi berkata, kandungan hantaran dimuat naik oleh dirinya di Instagram dan ciapan Twitter oleh Nelydia dibuktikan bukan berunsur fitnah.

Raysha berkata, dia mengucapkan terima kasih kepada pasukan peguam yang sudah mewakili mereka: "Mahkamah juga turut memutuskan bahawa pihak plaintif gagal untuk membuktikan terdapatnya unsur paksaan dalam pengakuan dan makluman yang dibuat oleh plaintif terdahulu kepada saya dan keluarga.

"Terima kasih kepada peguam kerana berjuang habis-habisan untuk saya dan keluarga," tutur Raysha dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: