14 April 2021

DI USIA 6 TAHUN - WAWA ZAINAL TUNAI HASRAT ANAK PAKAI GIGI PALSU



Pelakon Wawa Zainal sebelum ini pernah meluahkan rasa bimbang mengenai dua orang anaknya iaitu Ahmad Fakhruddin Attar dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa yang mengalami masalah gigi.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di laman Instagram, Wawa berkata impian anak keduanya iaitu Hayla yang baru berusia enam tahun untuk memiliki gigi cantik akhirnya tercapai selepas memakai gigi palsu.

Isteri kepada pelakon Aeril Zafrel, 33, ini berkata anaknya itu melalui prosedur yang sama seperti orang dewasa yang ingin memakai gigi palsu serta turut berkongsikan video proses berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Malah, Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 30, turut berkongsi video ketika anaknya melalui proses itu di Instagram untuk tatapan pengikutnya.

"Akhirnya impian Hayla menjadi kenyataan. Cun tak Hayla ada gigi? Untuk Hayla, saya buatkan crown dan gigi palsu macam orang tua ni ha apa ntah nama dia. Hayla ditidurkan masa operate buang gigi dan Alhamdulillah selepas dia bangun tiada rasa sakit pun," kata Wawa.

Sementara itu, Wawa meminta ibu bapa tidak berasa sedih jika mempunyai anak yang mengalami masalah gigi seperti anak-anaknya. Biarpun sudah memastikan mereka memberus gigi dua kali sehari, namun Wawa mengaku lewat mendapatkan rawatan gigi untuk anak-anaknya itu.



"Anda yang ada anak gigi rosak jangan rasa down. Saya pun habis kena tuduh tak pandai jaga gigi anak. Padahal mereka gosok gigi dua kali sehari... cuma silapnya, lambat jumpa doktor gigi sahaja.

"Macam Attar (anak sulung), saya tak pasang gigi memandangkan dia pun dah lapan tahun jadi biar gigi tumbuh sendiri hanya buang gigi yang dah rosak sahaja," ujarnya.

Terdahulu, Wawa dan suami pernah dikecam netizen gara-gara keadaan gigi anak mereka yang dikatakan bermasalah. Untuk makluman, Wawa dan Aeril berkahwin pada 2013 dah hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Ahmad Fakhruddin Attar, 8, Hayla Maghifiratul Adzkiyaa, 6, dan Aya Soffya, 2 tahun.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Wawa Zainal

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: