14 April 2021

PROTON X70 - HADIAH EYRA HAZALI BUAT IBU BAPA TANDA MENGHARGAI PERGORBANAN



"Alhamdullilah syukur. Selalu tertanya-tanya tertanya-tanya bilalah dapat belikan mummy dan ayah kereta yang lebih selesa. Siapa sangka rezeki melimpah ruah pada awal tahun. Selepas tunggu dari bulan Februari, tepat pada masanya Alhamdullilah dapat serahkan sendiri dekat ibu bapa saya.

"Hadiah ini tak sebesar jasa mummy dan ayah besarkan kami 7 beradik. Selagi ada kudrat, Eyra buat apa sahaja untuk senangkan mummy dan ayah," itulah kata pelakon Eyra Hazali apabila hasrat memberikan kereta yang besar dan selesa buat ibu bapanya akhirnya sudah pun tercapai.

Berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram, Eyra meluahkan rasa syukur dan gembira menghadiahkan kereta Proton X70 buat kedua orang tuanya.

Klik untuk gambar besar



Selain membelikan hadiah istimewa buat ibu bapanya, suami Eyra iaitu penjaga gol kelab bola sepak, Johor Darul Ta'azim (JDT), Haziq Nadzli turut membeli sebuah kereta baharu jenis Vellfire.

Untuk makluman, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish.





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Eyra Hazali

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: