17 April 2021

"DIA BUKAN JENIS RAJIN UPLOAD GAMBAR..." - CHE TA NAFI RUMAH TANGGA BERGOLAK



"Masya-Allah mana ada. Pasal apa nak bercerai, orang tu nak Zain ke? Baru semalam kami sembahyang tarawih anak-beranak. Zain memang jarang nak ambil gambar pun. Dia bukan macam saya. Tengok sendiri akaun Instagram dia memang bukan jenis rajin upload gambar pun.

"Saya pun pelik keluar cerita macam ini. Kami tak bergaduh pun. Kami dah faham perangai masing-masing. Jadi, tiada masalah. Kami baru sahaja selesai mencari sampin raya. Kami dalam perjalanan nak pergi berbuka puasa di rumah adik saya," demikian kata pelakon Rozita Che Wan yang menafikan sekeras-kerasnya rumah tangganya dengan suami, pelakon Zain Saidin kini di ambang perceraian.

Jelas Che Ta, tiada sebab langsung perkahwinannya dengan suami bergolak dan menuju perceraian hanya kerana jarang berkongsi gambar dalam Instagram. Mengulas lanjut, pelakon yang cukup dikenali menerusi drama komedi 'Kiah Pekasam' itu berkata, adat perkahwinan memang ada pasang surut, namun hubungannya dengan suami baik-baik sahaja.

Untuk makluman, Rozita, 47, mendirikan rumah tangga dengan Zain, 37, pada 2013 dan dikurniakan seorang cahaya wanita, Aaisyah Dhia Rania yang kini berusia tujuh tahun. Terdahulu, Rozita turut mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan bersama suami pertamanya.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo & Instagram Rozita Che Wan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: